PEMERKASAAN TADBIR URUS WAKAF PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Zakaria Bahari, Ahmad Shaifful Shukor

Abstract


Pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia telahpun dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. Wakaf pendidikan tinggi (WPT) ini telah menjadi salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) kepada IPT di Malaysia. Namun demikian dalam usaha untuk menjayakan perlaksanaan WKP, perlu dilihat juga kedudukan tadbir urusnya. Tadbir urus yang baik akan menyebabkan pengurusan dan pentadbiran WPTdapat berjalan dengan berkesan dan sistematik. Walaupun perkembangan pelaksanaannya masih baru namun bolehlah diteliti tadbir urus pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi ini kerana urus tadbir memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan pentadbiran wakaf pendidikan tinggi ini yang baik dan cekap. Apakah elemen-elemen yang penting dalam mempengaruhi perjalan tadbir urus dan bagaimanakah ia dilaksanakan untuk pemerkasaan WPT. Berlatar-belakangkan kepada senario tersebut, makalah ini ditulis dengan bermatlamat untuk mengenal pasti pelaksanaan tadbir urus wakaf pendidikan tinggi di IPT yang terlibat dan merumuskan kaedah pemerkasaan yang bersesuaian agar pelaksanaannya lebih efektif dan produktif. Kajian ini berbentuk penerokaan dan deskriptif serta data yang diperoleh adalah daripada kajian dokumen serta temu bual mendalam informan wakaf yang terlibat dengan penglibatan wakaf pendidikan tinggi. Justeru, dapatan kajian ini menemukan tadbir urus memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi dalam sesuatu IPT. Elemen seperti pentadbiran wakaf, perundangan wakaf, pelaporan wakaf dan penyertaan orang yang berkepentingan dapat memperkasakan lagi tadbir urus wakaf pendidikan tinggi di institusi pendidikan tinggi di Malaysia dengan sistematik dan berkesan. Hasil penemuan makalah ini seharusnya memberi implikasi terhadap pihak yang terlibat secara langsung iaitu pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), KPT, IPT dan terutamanya masyarakat yang ini mengetahui lebih jelas mengenai tadbir urus pelaksanaan dan perkembangan wakaf pendidikan tinggi di sesuatu IPT yang terlibat.

Kata Kunci: Pemerkasaan, Tadbir Urus, Wakaf Pendidikan Tinggi Malaysia, Pentadbiran, Perundangan, Pelaporan, Penyertaan

References


Abdul Halim Sunny. (2007). Dana wakaf untuk pendidikan: satu tinjauan awal. Jurnal PengurusanJAWHAR, Vol.1, No.2, 2007.

Ahmad Zaki Abdul Latiff, Che Zuina Ismail & Norzaidi Mohd Daud. (2006, September). Pengurusan harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat Islam. Kertas kerja Konvensyen Wakaf 2006 di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

Aminah Mohsin & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2011). Weaknesses of current capital raising, financing, and investment methods of awqaf (Islamic Trusts). Proceedings of Economics

Development Research (IPEDR), Bil 5. Singapore: IACSIT Press.

Asharaf Mohd Ramli & Abdullaah Jalil. (2013, Julai).Model perbankan wakaf korporat: analisa wakaf Selangor muamalat. Kertas Kerja Seminar Hasil Penyelidikan Ke 3, Kementerian Pengajian Tinggi di EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia.

Hasliza Talib, Nazneen Ismail & Nurzatil Ismah Azizan. (2014). Pembangunan dana wakaf: kajian di Perbadanan Wakaf Selangor. Prosiding International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) di Kuala Lumpur.

Idris Jusoh. (2016). Pendidikan fleksibel. Ucaptama amanat Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Za’ba Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada 18 Januari 2016.

Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin & Muhammad Ikhlas Rosele. (2013, September). Pemerkasaan wakaf di Malaysia: satu sorotan. Kertas Kerja 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013) di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Khoo Kay Kim. (1980). Perkembangan pelajaran agama Islam, dalam pendidikan ke arah perpaduan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (1999). Konsep dan amalan wakaf di Malaysia. Kuala Lumpur: Institusi Kefahaman Islam Malaysia.

Marziana Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd Rashid. (2015). Wakaf pendidikan tinggi: urus tadbir dan sistem perundangan yang efektif dan efisyen menjamin kelestarian pelaksanaan wakaf, dlm Baharuddin Sayin (Eds). Wakaf Pendidikan Tinggi Malaysia Satu Penantian. Shah Alam: Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara.

Mokhtar Ismail, Mohd. Isa Mohd. Deni, Muna Sulaiman & Hairullfazli Muhammad Som. (2015). Melestari ekonomi institusi pengajian tinggi Islam melalui wakaf. Bangi: Pusat Pembangunan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Monzer Khaf. (1998, Mac). Financing the development of awqaf property. Kertas Kerja Seminar Development of Awqaf oleh IRTI di Kuala Lumpur.

Muhammad Husni Hasbulah, Mohd Zaidi Daud & Mohammad Taqiuddin Mohamad. (2015). Peranan wakaf dalam mengukuhkan ekonomi Islam di Malaysia. Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015. Penerbit Usuli Faqih Research Centre (UFRC).

Najibah Mustaffa & Mohd Zamro Muda. (2014). Pengurusan wakaf pendidikan di institusi pengajian tinggi Malaysia: satu sorotan literatur. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Utm Press.

Nik Mohd. Zain Yusof & Azimuddin Bahari. (1999). Kedudukan dan potensi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia: satu penilaian, dlm. Nik Mustafa Nik Hassan (Eds), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Nor ‘Azzah Kamri, Suhaili Sarif, Nik Azimah Nik Li & Siti Mashitoh Mahamood. (2014). Tadbir urus wakaf pendidikan: mekanisme kod etika, dlm. Wan Kamal Mujani (Eds). Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara. Shah Alam: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Liana Abdul Munim & Siti Mashitoh Mahamood. (2014). Pembiayaan institusi pengajian tinggi menggunakan instrumen wakaf dalam konteks perundangan: suatu sorotan literatur, dlm. Wan Kamal Mujani Wan Kamal Mujani (Eds). Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara. Shah Alam: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Yuhanis Ismon, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Shahrina Romli & Roslina Hashim. (2015). Mekanisme wakaf sebagai instrumen pendidikan tinggi swasta: prospek dan cabaran Kolej Universiti Islam Melaka sebagai IPTS. Shah Alam: Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara.

Raja Nor Ashikin Raja Ramli & Nor ‘Adha Abd Hamid. (2014, Disember). Kelestarian wakaf dalam membangunkan institusi pendidikan: kajian awal. Kertas Kerja International Conference on Postgraduate Research di Kuala Lumpur.

Rohayati Hussin & Rusnadewi Abd Rashid. (2015). Isu-isu berkaitan tanah wakaf halangan kepada pembangunan institusi wakaf pendidikan tinggi di Malaysia. Shah Alam: Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara.

Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Wakaf in Malaysia: legal and administrative perspective. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Siti Zakiah Ali & Hairunnizam Wahid. (2014, Oktober). Peranan dan kepentingan dana wakaf institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9) di Kuala Terengganu, Terengganu.

Suhaili Sarif, Nor ‘Azzah Kamri, Siti Mashitoh Mahamood & Muhamad Zaid Suhaimi (2015). Komunikasi dan pelaporan sebagai mekanisme tadbir urus dan kemapanan wakaf pendidikan tinggi, dlm Baharuddin Sayin, Wakaf (Eds). Pendidikan Tinggi di Malaysia Satu Penantian. Shah Alam: Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara.

Zakaria Bahari. (2012). Pemerkasaan instrumen wakaf dalam pembangunan ekonomi. Pulau Pinang dalam Siri Kertas Kerja ISDEV, No. 38. Pulau Pinang: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

Zakaria Bahari. (2013), Disember). Pembiayaan pembangunan pengajian tinggi: kes pembangunan wakaf kompleks ISDEV, Universiti Sains Malaysia. Kertas kerja Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam (SeiPTI2013) di Bandar Sri Begawan, Brunei.


slot gacor slot gacor hari ini slot gacor 2025 demo slot pg slot gacor slot gacor